Tak pasal-pasal check in kat sini ari nie...gara2 masalah kesihatan anakanda tersayang .
Nasib baik hubby dpt cuti...leh jd kawan thaqif bebual2...
Sedikit tips...
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM ATHMA
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM ATHMA
- pernafasan yang pendek
- sakit-sakit dada
- sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
- bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
- batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
- serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
- kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)
dapatkan nasihat doktor anda untuk kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.Jika serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk dimasukkan ke rawatan kecemasan.

PUNCA-PUNCA
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
- alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
- jangkitan pernafasan sperti selsema
- aktiviti fizikal
- pencemaran udara seperti asap rokok
- sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
- cuaca yang sejuk
- gangguan emosi dan stress
- bahan ber'sulfite', bahan pengawet
- GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
- putaran haid bagi sesetengah perempuan
- alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.
INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
- latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
- jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
- terdedah kepada asap rokok
- persekitaran udara yang tercemar
- pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
- kurang berat badan ketika lahir
- berat badan yang berlebihan
BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR
- JIKA ANDA BERASA ANDA MUNGKIN SEBENARNYA ADALAH PESAKIT ASTHMA : Jika anda kerap batuk yang berpanjangan lebih daripada beberapa hari, ataupun mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom asthma, perlulah berjumpa doktor. Rawatan awal terutamanya kanak-kanak dapat menghalang kerosakan peparu dan menghalang daripada keadaan Asthma bertambah buruk.
- UNTUK MENGAWAL KEADAAN ASTHMA YANG TELAH DIKENALPASTI : Jika anda sudah mengenal pasti keadaan kesihatan anda, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan doktor anda supaya Asthma yang mnyerang sentiada dalam keadaan terkawal. Kawalan yang baik bukan sahaja boleh memberikan anda keselesaan dalam kehidupan seharian, malah boleh menghalang daripada serangan Asthma di tahap yang kritikal.
- APABILA SIMPTOM ASTHMA SEMAKIN TERUK : Hubungi doktor anda secepat mungkin jika ubatan yang biasa anda guna tidak berkesan. Asthma boleh berubah mengikut peralihan masa.jangan cuba untuk mengambil ubatan lain atau menambah sukatan ubat tanpa arahan daripada doktor. Sukatan ubatan untuk penyakit Asthma boleh menyebabkan kesan sampingan dan mungkin boleh menyebabkan Asthma bertambah buruk.
iNFO DR: http://klinikmansurah.blogspot.com



1 ulasan:
thaqif..cepat sembuh ye..jgn lupa mkn ubat..
Catat Ulasan